" Perjuangan Tak Kenal Batas Waktu... Ia Akan Terus Mengalir Seiring... Berjuang Memang Pahit... Kerana SYURGA itu MANIS..."

" CUKUPLAH ALLAH ( MENJADI PENOLONG ) BAGI KAMI DAN DIA SEBAIK-BAIK PELINDUNG "
( ALI IMRAN 3:173 )


" Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu ( Adam ) dan anak hamba perempuanMu ( Hawa ), ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama ( baik ) yang telah engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam KitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu, atau Engkau khususkan untuk diriMu, dalam Kitab ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai pententeram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.. " ( H.R Ahmad 1/391- Menurut pendapat Al-Albani, Hadith tersebut adalah sahih )

Sunday, August 29, 2010

... SebuAh JurnAL ...

~ Artikel ni aku jumpa ketika tengah melayan perasaan.. Sedih, Pilu, dan Sunyi.. Tapi inilah sebenarnya kehidupan.. Pahit manis sebuah perjalanan ~ Jom Layan ~~~ (^_^) ~

IKHLAS itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

REDHA sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah TuhanNya

Sifat SABAR sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya berbait di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata.

Saturday, August 28, 2010

MUHASABAH CINTA


Termenung sejenak..

Memikirkan banyak hal..

Tapi bila hati tersentuh, kita kadang-kadang mudah lupa..

Bagaimana ia bermula dan akan berakhir jua..

Perjalanan yang sejauh ini tak mungkin beerti,

Tanpa DIA di sisi....

CINTA


Assalammualaikum...

Kepada semua yang mendengar, hayatilah lagu nie..

walaupun tak berapa nak faham bahasa dia tapi lagu ni penuh makna..

Cuba hayati liriknya..ada maksud yang dalam tersirat..

Wednesday, August 4, 2010

... GAdis Itu ....


Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN
Dialah Puteri indah RUPAWAN..

Tika gadis lain sibuk menghias diri
Dia hias NUR ILAHI pada WAJAHnya
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA
Dia selesa bersama CintaNYA..

Tika gadis lain sibuk bermadah Pujangga
Dia TEKUN dengan BAIT kata TUHANnya
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba..

Gadis itu seperti MAWAR BERDURI
Indah di pandangan namun sukar DIPEGANG
Mulianya kerana KETAQWAAN
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA
Kerana itulah dikatakan dia..GADIS IDAMAN.

Moga kitalah gadis yang dirindui SYURGA...

amin.

... MenCAri MAknA Seni ...