Getaran yang dikeluarkan oleh emosi sangat cepat sampai kepada orang yang kita beremosi,..
andai rasa kasih yang kita rasa bila memikirkan seseorang, the moment kita rasa je kasih itu, terus vibration kasih itu sampai pada orang yang kita fikirkan. begitu juga emosi menyampah, benci dan amarah.
kerana itu bila kita ada syak wasangka dalam diri kita, terus timbul fikiran negatif. emosi terganggu dan tercemar. kita akan rasa down dan semangat jatuh.
malangnya, apa yang kita rasa itu akan membuat orang yang kita tujukan perasaan itu akan merasakan apa yang kita rasa . jika kita rasa geram, dia akan rasa geram pada kita, jika kita rasa marah, begitu juga dia.
kerana itu untuk sentiasa hidup di bawah lembayung rahmah dan mawaddah, kita sentiasa kena ada rasa kasih dan cinta serta belas kasihan kepada suami, maka insyaallah getaran itu akan sampai dan dia juga akan rasa kasih, cinta dan berbelas kasihan kepada kita.
itu yang menarik kebaikan dalam rumah tangga.
rasa syak wasangka dan andaian bagai yang kita masukkan dalam fikiran dan diri kita, hanya membawa outcome yang negatif.
banyak ingat ALLAH dan istighfar bila diganggu dengan bisikan buruk. sebut ini semua dari syaitan dan doa dengan ALLAH agar kita tidak didatangi oleh syaitan dan minta perlindunganNYA dari diganggu oleh bisikan syaitan, insyaallah.
P/S ~ baca r buku nie..mmg best .. hari2 sy baca, Alhamdulillah...Luka itu ada hikmahnya dari Allah..=)
Selamat membaca...
~ Genius ~