" Perjuangan Tak Kenal Batas Waktu... Ia Akan Terus Mengalir Seiring... Berjuang Memang Pahit... Kerana SYURGA itu MANIS..."

" CUKUPLAH ALLAH ( MENJADI PENOLONG ) BAGI KAMI DAN DIA SEBAIK-BAIK PELINDUNG "
( ALI IMRAN 3:173 )


" Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu ( Adam ) dan anak hamba perempuanMu ( Hawa ), ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama ( baik ) yang telah engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam KitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu, atau Engkau khususkan untuk diriMu, dalam Kitab ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai pententeram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.. " ( H.R Ahmad 1/391- Menurut pendapat Al-Albani, Hadith tersebut adalah sahih )

Saturday, April 28, 2012

... ReDhA + SyUkUr = BaHagiA.. Disisi ALLAH =)


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu 
( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ".
( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud : 
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". 
( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

♥ الحمدالله ♥

~ Nurul Genius ~

Friday, April 27, 2012

... K.E.H.I.L.A.N.G.A.N ...


Cinta yang AGUNG
Adalah ketika kamu menitiskan
air mata dan MASIH peduli
terhadapnya...

Ketika dia tidak mempedulikanmu
dan kamu masih menunggunya
dengan setia...

Ketika dia mula mencintai orang lain
dan kamu masih bisa tersenyum
lalu berkata.. " Aku turut berbahagia untukmu.. "

Apabila cinta tidak kesampaian
BEBASKANLAH dirimu.. Biarkan hatimu
kembali melebarkan sayapnya dan
terbang ke alam bebas SEMULA...

Ingatlah.. bahawa kamu mungkin
bertemu cinta dan kehilangannya..
Tapi.. Ketika cinta itu mati.. kamu
TIDAK perlu mati bersamanya..

Orang yang kuat BUKAN mereka yang 
selalu menang.. Namun mereka tetap
bangun walau mereka pernah jatuh...

Sesekali... pilu hati disapa rindu... 
Credit to KEHILANGAN (FIRMAN) 
~ Genius ~

Tuesday, April 10, 2012

... IKHLASkanlah sepenuh HATImu ...



Jika INGIN lepaskan, lepaskanlah SEPENUH HATI..jangan dilepaskan separuh hati, dipegang separuh hati lagi..kelak nanti menghambat hati, menjerat diri, MENYEKSA SANUBARI..

Lepaskan dia, lepaskan sepenuh hati..biarlah dia pergi..semoga dirimu menemui DAMAI HAKIKI, walau bersendiri…

"Kerana itu Allah menimpakan kepadamu KESEDIHAN demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati lagi terhadap apa yang LUPUT dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan."
(Surah Ali Imran : 153)

Menunggu PELANGI YANG INDAH, selepas hujan ribut petir akan terasa amat indah walaupun lebat air yang menitis membasahi bumi........





























Monday, April 9, 2012

... Zikir Harian ...


Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.


Semoga dengan melakukan amalan zikir harian ini, hati akan bertambah kasih dan cinta kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan insan bertakwa.

Insya ALLAH =)

-Genius-

Saturday, April 7, 2012

... SELOKA di kala keBORINGAN yg TERAMAT sgt..hihi..

JAN..JAN..JANUARI
Jalinan antara 'Proposal dan Nota'
'Teori' menjadi di bulan FEBRUARI..

MAC..MAC.. Macam 'Presentation' pertama
Oh APRIL alangkah leganya
Bagai dunia milik kita..

MEI..MEI.. Bermadu cuti bersama
Jauhkan dari sifat pemalas
Oh.. JUN.....

JUL..JUL..JULAI nanti 'buku' kita tatapkan
'Latihan berterusan'
Janji dimerterai..

OH.. 'Masterku'..
OGOS kian menjelma
sehingga terlupa SEPTEMBER meninggalkan kita..

OH.. 'Masterku'
Lupakan ' Exam' OKTOBER..
NOVEMBER menanti dengan 'Sinar Bahagia'

DI..DI..DISEMBER ini cuba kita kenang kembali
'Master' kita hanya tinggal '1 Semester' lagi.....


Cayok-cayok NURUL !!!



- GENIUS -

Monday, April 2, 2012

... Hilangkan PARUT, tamatkan CERITA ...


Ada PERKARA yang ingin kita BUANG JAUH-JAUH..kita lemparkan ke hujung dunia, kita HAPUSKAN dari minda dan ingatan..

bukan kerana kita MEMBENCI, tetapi kerana menyedari jika kita mengingatinya, hanya membuat kita terikat kepada SEBUAH KESEDIHAN..jika terus menyimpannya, hanya membuat kita terkaku pada SEBUAH ANGAN-ANGAN..

Bukan membenci..bukan berputus asa, cuma SEDAR DAN FAHAM..ada sesetengah perkara, memang BUKAN HAK KITA......

:: MENJAUHI bukanlah bermakna membenci, cuma untuk mengelakkan HATI dari TERUS TERGURIS dan DISAKITI ::





JANGAN PELIK dan SEDIH jika pasanganmu MENINGGALKANMU demi ORANG BARU, kerana dia sendiripun SANGGUP MENINGGALKAN TUHANNYA demi kamu dahulu..

Betapa banyakpun lafaz cintanya di bibir, akhirnya HANCUR BINASA angkara MUNGKIR..jika kamu di hatinya kini telah jauh terpinggir, namun Tuhannya terdahulu lagi telah lama TERSINGKIR..

KEGEMBIRAANNYA kini dengan orang baru hanya TENGGELAM DALAM ALPA, sedang KESEDIHANMU kini kerana Tuhan mahu MENYEDARKAN KAMU DARI ALPA..

p/s : BERSYUKURLAH..



Credit to Laskarcinta Kura-kurakecik - Nurul Genius

Sunday, April 1, 2012

... HIJRAH itu INDAH ...


Berubah itu bukan perkara mudah..
TANHIAH kepada mereka yang dapat berubah ke arah yang LEBIH BAIK.

Ramai yang akan memandang sinis dirimu,
Ramai yang akan mengata tentang dirimu,
Ramai juga yang akan memperkecilkan kemampuanmu.

Carilah seseorang yang mampu memahami
dan jangan hiraukan mereka yang tidak memahami apa itu erti PERUBAHAN..

TERUSKAN BERUBAH !!


Ukhwah fillah





~ Nurul Genius ~