Assalammualaikum w.b.t ...
Kata orang, kalau kita asyik berfikir tentang seseorang itu, dia akan muncul dalam mimpi kita.. Ada pula yang berkata, sekiranya si dia muncul dalam mimpi kita, itu tandanya dia merindukan kita... Ada juga yang menyatakan tentang jodoh yang datang dari mimpi... Erm...terlalu banyak andaian.. dan kebanyakannya adalah gangguan syaitan... Sebab itulah orang selalu kata mimpi itu mainan tidur...
Untuk semalam.. yang tak bestnyer apabila mimpi itu mengganggu emosi kita.. apatah lagi semestinya mengganggu waktu tidur nyenyak kita.. untuk kesekian kalinya, seseorang telah datang dalam mimpi aku.. seorang yang tak pernah aku kenali.. hanya kenal melalui sebuah perkhabaran, tapi aku sendiri tak pernah melihat dia apatah lagi untuk bercakap dengannya..
Tapi dalam mimpi itu, orangnya manis seperti gadis dalam gambar nie... kami berdua mesra seperti telah lama mengenali...Tapi yang pastinya, aku tak mahu mengenali dia..sebab aku tak mahu mengganggu kebahagiaannya.. Entah kenapa mimpi ini membuatkan aku terfikir tentangnya....
Tak mengapalah...semua itu mainan tidur...mungkin juga mainan pembawakan baby.. ( hihi =) ) tersurat atau tersirat biarlah hanya Allah yang tahu.. Yang paling penting, apa sahaja perbuatannya terhadapku telah lama aku maafkan.. untuk berdendam jauh sekali...Doaku untuknya agar belajar daripada kehidupan. kekadang kita di atas,dan kekadang kita di bawah.. Sesekali muhasabah diri, pasti kita lebih memberi daripada menerima....
"... Aku maafkan Kamu... tak perlu kita bertemu, cukup Kau tahu...yang Aku maafkan Kamu.. Tolong teruskan hidup jangan sebut namaKu... "
Secebis bingkisan dari hati kecil.... Wassalam...
~ Nurul Genius ~