Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN
Dialah Puteri indah RUPAWAN..
Tika gadis lain sibuk menghias diri
Dia hias NUR ILAHI pada WAJAHnya
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA
Dia selesa bersama CintaNYA..
Tika gadis lain sibuk bermadah Pujangga
Dia TEKUN dengan BAIT kata TUHANnya
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba..
Gadis itu seperti MAWAR BERDURI
Indah di pandangan namun sukar DIPEGANG
Mulianya kerana KETAQWAAN
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA
Kerana itulah dikatakan dia..GADIS IDAMAN.
Moga kitalah gadis yang dirindui SYURGA...
amin.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete