~ Gambar hiasan ~
Bila kita bertemu
jangan kau rebahkan diri
di atas ranjang kenangan
kerana untuk menerangi semula
tasik ingatan itu
akan melukakan lagi hati
yang mula sembuh
dari luka maha pedih
bila dipaksa menerima erti perpisahan
Bila kita bertemu
biarlah kita berdepan
bagai sepasang kekasih
mencari tapak kekuatan masa kini
dalam merangka kewujudan masa depan
tanpa menoleh kembali
pada gubuk-gubuk pertemuan itu
yang telah lama kita tinggalkan
di persimpangan jalan.
~1978~
No comments:
Post a Comment
Pelihara Hubungan Dengan ALLAH