" Perjuangan Tak Kenal Batas Waktu... Ia Akan Terus Mengalir Seiring... Berjuang Memang Pahit... Kerana SYURGA itu MANIS..."

" CUKUPLAH ALLAH ( MENJADI PENOLONG ) BAGI KAMI DAN DIA SEBAIK-BAIK PELINDUNG "
( ALI IMRAN 3:173 )


" Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu ( Adam ) dan anak hamba perempuanMu ( Hawa ), ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama ( baik ) yang telah engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam KitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu, atau Engkau khususkan untuk diriMu, dalam Kitab ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai pententeram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.. " ( H.R Ahmad 1/391- Menurut pendapat Al-Albani, Hadith tersebut adalah sahih )

Tuesday, June 28, 2011

.. Sakit adalah Ujian Allah...


Apa yang ingin dipaparkan ini adalah sebuah kisah dan pengalaman yang dilalui oleh seorang pesakit. Bermula usia yang muda hingga tua. Kesakitan dan penyakit adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan hambaNya. Apabila kesakitan dan penyakit ini mampu dihadapi dengan sabar dan tabah, ia menjadi nikmat dan menganggap suatu anugerah. Bukan ramai manusia yang mampu dan menerima ujian ini bertimpa-timpa dengan tabah dan sabar. "Dan sesungguhnya Allah tidak akan membeban seseorang itu dengan bebanan yang dia tidak mampu pikul"

سُوۡرَةُ البَقَرَة
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ (٢٨٦)

Bermaksud:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Al-Baqarah, 286)



Jadikan kisah ini sebagai panduan dan teladan jika ianya baik dan menjadi sempadan dan pengajaran pada manusia yang menghargai kesihatan. Catatan ini ditulis ketika pesakit berada di wad selama 1minggu menunggu detik-detik untuk pulih selepas menjalani pembedahan kali ke empat. Kali ke 6 memasuki dewan bedah dan tidak terkira kali keberapa dimasukkan dalam wad. Sehingga wad di HSAJB bagaikan rumah ke dua baginya.


( credit to Ummi Munaliza - forum HALAQAH )

No comments:

Post a Comment

Pelihara Hubungan Dengan ALLAH