" Perjuangan Tak Kenal Batas Waktu... Ia Akan Terus Mengalir Seiring... Berjuang Memang Pahit... Kerana SYURGA itu MANIS..."

" CUKUPLAH ALLAH ( MENJADI PENOLONG ) BAGI KAMI DAN DIA SEBAIK-BAIK PELINDUNG "
( ALI IMRAN 3:173 )


" Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu ( Adam ) dan anak hamba perempuanMu ( Hawa ), ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama ( baik ) yang telah engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam KitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu, atau Engkau khususkan untuk diriMu, dalam Kitab ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai pententeram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.. " ( H.R Ahmad 1/391- Menurut pendapat Al-Albani, Hadith tersebut adalah sahih )

Wednesday, July 20, 2011

... HARI INI..ESOK.. dan SELAMANYA ...


AWAK TAHU TAK...
Semua pasal SEMALAM
Masa tu kita teman baik
Sentiasa bersama-sama
Tapi tiba-tiba masalah datang
Kita tak tahu nak buat apa..

AWAK TAHU TAK...
Semua pasal SEMALAM juga
Awak bergaduh dengan saya
Bermacam-macam tohmahan
Awak beri kepada saya
Tapi sikit pun saya tak kisah..

AWAK TAHU TAK...
Sebelum pasal HARI INI
Awak sibuk kejar masa
Macam awak dah lupakan saya
Tapi saya tahu, awak tak berniat macam tu..

AWAK TAHU TAK...
Semua pasal HARI INI lagi
Saya duduk termenung
Sambil ingatkan awak seorang
Tak terfikir langsung
Nak berjauhan dengan awak..

AWAK TAHU TAK...
Semua pasal ESOK
Awak mungkin pergi jauh
Tapi tak mengapa
Sebab saya pasti cari awak..

AWAK TAHU TAK...
Semua pasal SUATU HARI NANTI
Bila kita dah berjaya
Dan akan bertemu semula
Kalau saya tak pergi dulu..

AWAK TAHU TAK...
Semua pasal SEMALAM.. HARI INI.. dan ESOK
Dan SUATU HARI NANTI
Semua kisah yang terjadi
Mungkin ada satu sebab sahaja..

Sebab awak KEKASIH hati saya
Yang paling saya CINTAI...


~ Genius ~




No comments:

Post a Comment

Pelihara Hubungan Dengan ALLAH