Sabarlah Wahai hati
Dalam sunyi yang mencengkam jiwa
Ada rasa Cinta dan Lara
Yang membawa khabar Gembira dan Luka
Yang tak terluah dengan Tawa dan Hiba..
Tika subuh membawa pagi
Ku rasa sinar nurani kain terbuku di lubuk hati
Menanti singkapan takbir Cinta tersembunyi
Walaupun pedih relakanlah diri
Mengenang nikmat yang berlalu pergi..
Sabarlah Duhai Hati
Destinasi yang kuimpi pasti kutawan
Walaupun jauh seribu keindahan
Jalannya penuh Duri dan Ujian
Hidup ini adalah Perjuangan..
Sabarlah Wahai Hati
Nikmat yang hilang akan Kembali
Sabarlah dengan seluruh Jiwa Raga
Kerana hanya Sabar ini yang tinggal
Setelah hilang segala-galanya..
- Genius -
- Credit to Muhamad Fairuz -
No comments:
Post a Comment
Pelihara Hubungan Dengan ALLAH