Rasulullah SAW bersabda, " Ada dua biji mata yang tidak disentuh api neraka, mata yang menangis pada waktu malam kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah pada waktu malam ".
" Antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seorang yang berzikir secara bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah SWT, maka bercucuran air matanya ".
" Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering ".
Sucikanlah empat perkara dengan empat perkara,
" Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Tuhanmu,
dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Zat yang memilikimu ".
... Simpanlah semua air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah SWT ....
... Jgn bersedih Nurul ....